Tuesday, December 31, 2013

Bagaimana Menanam Strawberry (Bahagian 1)

Strawberry sangat popular dikalangan kanak-kanak. Mungkin ini disebabkan oleh warna merahnya yang terang dan menarik. Ia juga amat mudah untuk ditanam untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai berkebun. 

Penanaman strawberry tidak memerlukan banyak ruang (kecuali untuk tujuan komersial dan pelancongan). Ia juga mudah untuk dibiakkan. pembiakan strawberry dilakukan dengan cara;






  1. Pembiakkan melalui biji benih
  2. Runner
Untuk entry ini, saya akan menulis lebih kepada penanaman strawberry di sekitar rumah. Ia boleh dilakukan dengan cara menanamnya di:


  1. Pasu
  2. Raised bed
Strawberry yang ditanam di pasu akan menjadi semak sekiranya runner terlalu banyak. Runner harus dipotong kerana akan ada banyak pokok baru akan tumbuh di tempat yang tidak diingini selain untuk memastikan pokok sentiasa sihat dan bertenaga.

Anatomi strawberry


Penanaman pokok yang baru haruslah dilakukan dengan betul iaitu crown jangan terlalu tenggelam dan jangan pula terlalu keluar. Sekiranya crown terlalu keluar hingga menampakkan akar, takut akar akan terdedah pada angin dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Lama kelamaan ini akan membuat pokok itu mati.
Kedalaman semasa menanam pokok baru.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...