Hello..
Banjir lumpur yang berlaku baru-baru ni semakin teruk. Selepas hujan selama beberapa hari, Sungai Kedamaian menjadi lumpur sekali lagi.
AP dulu memang tinggala dan membesar di Kota Belud. Mak AP pun asal dari Kota Belud juga. Masa kecil-kecil dulu, selalu mandi di sungai ni. Memang jernih dan sejuk airnya. Namun selepas kejadian gempa bumi di Ranau hari tu, keadaan sungai ni telah berubah. FYI air sungai ni mengalir dari gunung ya..
Semoga penduduk kampung dapat bersabar dan tabah menghadapi cabaran ini. Harap-harap wakil rakyat kawasan dapat turun dan melihat keadaan penduduk kampung yang terjejas.
Cheers~
Sunday, August 9, 2015
Friday, August 7, 2015
Koleksi Digimon: Siri 2
Hello..
Sambungan sharing koleksi Digimon AP. Blogger yang lahir pada tahun 80an dan 90an mesti tau virtual pet kan? Alaa.. pet elektronik yang main bela tu. Kena bagi makan, basuh najis, kena On/Off lampu tu. Back in 1997 memang popular benda ni. Tamagotchi oleh BANDAI antara yang top masa tu.
![]() |
| Telur vpet ver.4. |
Thursday, August 6, 2015
Koleksi Digimon: Siri 1
Hello..
Macam yang AP cakap dalam entry sebelum ni, AP akan share koleksi digimon AP.
Orite. Mostly AP collect mainan elektronik. AP mula kumpul benda ni pada tahun 2010. Masa budak-budak dulu tak mampu nak beli. Masa tu budak-budak kaya bole beli la. Mula-mula keluar, benda ni harganya dalam RM50 macam tu. Sekarang ni jangan cakap la. RM500 pun baru dapat 1 item je. Mahal oo. Orite, Digimon yang mula-mula AP beli ialah.. jeng jeng jeng. Digivice dari Digimon Adventure.
Cantik tak?
Hujan Lagi..
Hai hai semua..
Pagi harini, bangun je terus tengok dekat luar rumah. Syukur. Air tak naik. Hampir tiap hari hujan turun di bumi Membakut ni..
Hujung minggu yang lepas air naik. Tapi nasib baik tak tinggi sangat. Huhuhu. Risau kejadian awal tahun 2015 berulang lagi. Kalau berulang, alamatnya bertugas la di pusat pemindahan.
P/s: Kami sedia membantu! Cheers
Kawasan banjir. Sumber dari henpon AP.
Pagi masa banjir. Huhu
Monday, August 3, 2015
Digimon dan AP
Hello all.. Lamanya tak buka blog AP ni.. Rasanya kalau makanan, blog ni dah lama basi kot. Kahkahkah. Dek kesibukan kehidupan dan tuntutan kerja AP jarang la dapat bukak blog ni. Harap lepas ni sibuk akan berkurangan. Sekian mukadimah. Hehehe.
So, Digimon. Pernah tak korang dengar pasal Digimon? Haa.. Digimon ni sebenarnya singkatan daripada, Digital Monster. Dulu anime Digimon ni pernah tayang dekat NTV7. Digimon Adventure namanya. Untuk yang tak tahu, dekat bawah ni ada pic kanak-kanak terpilih dari anime tu.

Sumber: Google Image
Sebab anime ni la buat AP minat Digimon sampai sekarang. Dah umur 25tahun ni.. Hehehe.. Lengkap episod 1 - 54 ada dalam HD AP. Lain dari tu ada Season 2, 3. Yang lain tengah download.. Fufufu.
Ini list digimon mengikut faveret AP.
- Digimon Adventure
- Digimon Tamers
- Digimon Adventure 02
- Digimon Frontier
Satu lagi yang tak tahan pasal Digimon ni, BANDAI ada release toys berkaitan Digimon. Ada virtual pet, ada figure.. Huhu.. Nipis poket woo.. Bak kata kawan AP, BANDAI memang PANDAI.
Rakan blogger lain ada tgk anime ni tak? Next time AP akan share koleksi Digimon AP pulak. Kalau ada masa AP akan buat entry lagi padat pasal Digimon especially virtual pet dia.
Cheers.
Monday, May 12, 2014
House Rules
If you open it, close it.
If you turn it on, turn it off.
If you unlock it, lock it.
If you break it, fix it.
If you can't fix it, report it.
If you borrow it, return it.
If you make a mess of it, clean it up.
If you don't know, ask.
If it doesn't concern you,
Sunday, May 11, 2014
Happy Mothers Daycredit to owner
Well.. setelah sekian lama sibuk, baru hari ni ada masa untuk update blog simple ni sikit.. Rakan blogger dah wish Selamat Hari Ibu tak dekat ibu masing-masing? Hehe.. Masih sempat lagi kalau nak wish sekarang. Kadang ibu ialah orang paling bising bila menegur anak.. Tapi bagi AP, itu mungkin memang naluri untuk melindungi. Mungkin sebab mereka lagi dulu makan garam dari kita? So, terpulang pada kita untuk menilai nasihat mereka kerana setiap teguran ada sebabnya.
Pada AP setiap hari ialah hari ibu. Setiap hari ialah hari bapa.. Tanpa mereka siapa lah kita.. Hargai mereka setiap hari.. Biar mereka tahu bahawa kita sayang dan peduli tentang mereka.
p/s: AP sayang semua ahli keluarga AP.
![]() |
| Credit to owner |

Tuesday, April 29, 2014
Monday, April 14, 2014
Mentally And Physically Tired
Heiihoo everibadi...
Haduuiiiii.. Mengeluh tak habis AP baru-baru ni.. Siang penat, malam tak larat. So, macam ni la jadinya.. Memang tak terlayan blog simple ini.. Apa kan daya, kerja hakiki sepertinya lebih penting.
Penat secara fizikal mungkin boleh hilang selepas mandi dan tidur. Tetapi itu rasanya tidak cukup untuk membuat kita gembira.
Kepenatna yang harus dan patut hilang ialah kepenatan dari segi mental. Penat secara mental mendorong mood AP berubah. Rasanya AP kena ambil cuti dalam 2 -3 hari kot.. Cuti tahunan pun ada 45 hari lagi. Ehehe.
p/s: Kereta pun tak servis lagi.. Adoiiii
Haduuiiiii.. Mengeluh tak habis AP baru-baru ni.. Siang penat, malam tak larat. So, macam ni la jadinya.. Memang tak terlayan blog simple ini.. Apa kan daya, kerja hakiki sepertinya lebih penting.
![]() |
| Macam ni la jadinya |
Kepenatna yang harus dan patut hilang ialah kepenatan dari segi mental. Penat secara mental mendorong mood AP berubah. Rasanya AP kena ambil cuti dalam 2 -3 hari kot.. Cuti tahunan pun ada 45 hari lagi. Ehehe.
p/s: Kereta pun tak servis lagi.. Adoiiii
Thursday, March 27, 2014
Gameboy Advance Emulator
Heeiiihooo!!
Malam sunyi ni terasa boring pula.. Teringat masa dulu, main game Pokemon pakai Gameboy Colour (kawan punya). Rasa best sangat. Sekarang dah canggih, tak ramai lagi yang minat main game pakai benda camni. Semua nak touch screen. Fufufu.
Hari ni AP nak mau cakap pasal konsol dia tu. AP nak bagitau pasal emulator GBA yang wujud supaya kita bole main game GBA di PC, Laptop malahan pada telefon pintar. Tapi malam ni nak bagi fokus pada laptop & pc dulu.
| Gameboy Advance |

Saturday, March 22, 2014
AP Punya Destop
Segmen: Pencarian Bloglist oleh Nazurah
Well, malam ni dapat invitation segmen dari Nazurah. So dengan suka citanya, AP join segmen ni. Tetiba terbuka hati untuk join. Hehe. Macam saja lah intro yang dapat fikir untuk malam ni Cik Nazurah oii~ hehe. Sembang lebat pun tak guna kalau tak buat. Klik dah setel, follow dah setel. Untuk join jom klik link di bawah ni..
>>KLIK UNTUK JOIN<<
Friday, March 21, 2014
Kenapa Batman Tak Pernah Senyum?
Pernah tengok kartun Batman tak? Hehe. AP rasa geli hati ja tengok komik ni. So AP nak share dengan rakan blogger lain..
Happy Friday Everybody!!
Wednesday, March 19, 2014
Release Stress, Main Game..
Petang tadi bumi Membakut sekali lagi dibasahi hujan rahmat setelah sekian lama panas. Mata rasa berat ja nak tidur. Nasib baik tengah kerja. Adui~ ruginya. Dah mengantuk, banyak pulak la masalah dari staf dan klien. Tak habis dengan menipunya, demand nya.. Adui.. Stress!!
Dan malam ini, release stress dengan bermain game.. Ceewahh.. Muda kembali terasa diri ini. Rasa macam masa dekat kolej pula. Fufufu.
Semestinya kalau dah bosan atau stress.. Game yang wajib AP main ialah tak lain dan tak bukan, Football Manager 2014. WOW! Game simulasi yang sangat mencabar.
| Sumber: pcgamer |
| Gameplay FM14 yang Ohsem. Sumber: citizengame |
Monday, March 17, 2014
Liverpool Day! Hooray!
| Gerrard mencium kamera semasa meraikan gol kedua beliau. Sumber: ESPN |
![]() |
| Kepala Liverpool, Brendan Rodgers yang kacak bergaya. Sumber: FB Liverpool |
![]() |
| Suarez, striker berbisa Liverpool. Sumber: FB Liverpool |
Hehe.. Memang best la hujung minggu minggu ni.. Lepas ni AP bole la tidur sambil mimpi berlari-lari di atas pelangi. Harap-harap lepas ni akan lebih berjaya selepas musim mengecewakan beberapa tahun dulu. Nite all..
| Adam Lallana ang dikatakan menjadi buruan Liverpool musim depan. Sumber: ESPN |
p/s: Gambar Lallana yang takda kaitan dengan match tadi. Saja letak. :)
Sunday, March 16, 2014
Nak Follow Tapi Tak Dapat
Baru-baru ni AP mula aktif main blog semula.. Blog walking sikit-sikit la.. Masalahnya, bila jumpa blog yang AP nak follow, macam tetiba ada error? AP pun macam errmm.. Blur gitu..
Rakan-rakan blogger pernah ada masalah macam ni tak? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Huhu..
Rakan-rakan blogger pernah ada masalah macam ni tak? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Huhu..
Wednesday, March 12, 2014
Bomoh Karpet
OK. Isu kehilangan kapal terbang MH370 yang misteri ini mengundang seribu satu tanda tanya untuk setiap masyarakat di dunia. Banyak negara mengunakan teknologi masing-masing untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Namun nampaknya belum ada pentunjuk yang menunjukkan lokasi kapal tersebut berada.
Selain dari penggunaan teknologi moden, ada segelintir pihak mencadangkan untuk menggunakan bomoh untuk mencari lokasi kapal tersebut. Orite. Datang la Raja Bomoh ni. Terus terang AP tak tahu dari mana datang bomoh ni. AP tak ikut sangat cerita berkenaan bomoh yang dikatakan sebagai raja ini. Bukan tak percaya, tapi AP yakin Tuhan lagi berkuasa.
Orite. Hari pertama, bomoh ni guna bubu sebagai alat untuk menjalankan aktiviti bomoh beliau. Dan hasilnya? Ermmmm. Itu saja yang AP boleh katakan. AP boleh tahan lagi. Ignore saja la.
Hari kedua. Apa ni? Kelapa? Bakul? Payung? Aduh. Tak cukup lagi nak memalukan negara? Dah la buat kat khalayak ramai, media asing pun ada pulak tu? Terus terang, AP sebagai rakyat negara Malaysia malu dengan tindakan bomoh ni. Malu orang luar nampak korang buatmacam ni. Orang luar tak mention 'bomoh' tapi mereka akan mention Malaysian.

Ini disusuli dengan betapa banyaknya gambar yang mempersenda bomoh tersebut sebagai tanda kritikan kepada beliau. Ini salah satu daripadanya.
Semoga aktiviti memalukan ini dihentikan segera.
p/s: Kalau nak buat pun jangan di khalayak ramai, buat kat rumah sudah.. Niat dah baik, tapi jangan memalukan. Pray For All the Passengers.
Monday, March 10, 2014
Labuan: Tertipu di Awal Pagi
Bertolak seawal 7.10 pagi dari Membakut, kami tiba di jeti Menumbok dalam jam 8.20 pagi. Nasib baik jalan masih clear. Boleh tekan minyak sikit. Hehehe. Malang tak berbau, seawal itu lah juga AP ditipu oleh penjual tiket di kaunter tiket speed boat. Ikuti perbualan kami.
Penjual: Mau pigi Labuan ka?
AP: Iya.. Mana mau beli tiket tu?
Penjual: Sini. Mau jalan terus atau tunggu? Boi, ko tulung kasi tau dulu..
AP pun hairan.. Bincang dengan kawan jap dan kami buat keputusan untuk jalan terus.
AP: Berapa harga tiket kalau jalan terus?
Boi: Kalau jalan terus, RM15, tunggu RM7.50
AP: Ba, kasi jalan terus la.
AP pun bayar RM45.
Penjual: Ba. Kamurang tunggu di bawah sana.
AP: Ba..
Tunggu punya tunggu, penjual tu tak datang pun. Kami pun macam rasa dah tertipu. 10 minit lepas tu penjual tadi datang. "Ba, naik la kamurang," kata penjual tu. Rupanya kami naik sekali dengan orang yang bayar tiket RM7.50!! Adui! tertipunya!! Tapi tak apa lah.. Pengalaman kononnya. Lepas ni kalau pegi Labuan tak la tertipu lagi.
Penjual tu baik orangnya. Mungkin kami yang terlalu lurus. Kawan-kawan bloggers, jangan sampai tertipu tau.
p/s: Jangan nak cepat saja. Belajar bersabar.
PRAY FOR MH370. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
Sunday, March 9, 2014
Myth Buster: Salt
Myth: Sea salt is a healthier product than table salt.
Reality: There are no documented health advantages to sea salt, and the sodium content is similar.
Kurang Kafein, Kulit Cantik
Kurangkan pengambilan teh dan kopi kepada satu cawan setiap hari selama sebulan dan kemudian hentikan pengambilan kafein sama sekali.
Kemudian lihat bagaimana perubahan ton kulit anda. Selain itu tidur anda akan menjadi lebih berkualitili dan berasa lebih tenang. Selamat mencuba.
p/s: AP suka kopi Tenom Fatt Choi. Slluurrppp..
Kemudian lihat bagaimana perubahan ton kulit anda. Selain itu tidur anda akan menjadi lebih berkualitili dan berasa lebih tenang. Selamat mencuba.
p/s: AP suka kopi Tenom Fatt Choi. Slluurrppp..
Subscribe to:
Posts (Atom)