Showing posts with label review tabur. Show all posts
Showing posts with label review tabur. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Review Tabur!! Qi Wireless Charger For S3


Semenjak dua menjak ni hujan memang turun dengan lebatnya di Membakut. Kalau nak buat aktiviti luar memang tak dapat la. Hari ni AP Facebook, banyak ja yang post pasal banjir kilat di Kota Kinabalu. Kesian kawan-kawan yang kerja area sana.. hehe.

Samsung S3 memang terkenal dengan masalah pada charging port nya. Seperti pada tajuk post, kali ni AP nak cerita sikit pasal wireless charger untuk Samsung S3. Wireless charger ni AP rasa telah menyelesaikan masalah untuk mengecas S3. Benda ni bukan wireless sangat pun. Dia masih wayar just pendek sikit dari charger asal. wayar pendek ni gunanya untuk connect pad dangan power supply. So, part mana yang wireless tu?

Yang wireless tu masa nak charge henpon. Tak perlu wayar yang panjang berjela. Just letak handphone di atas Qi Wireless Charging Pad.


Kotak wireless charger AP


Kabel dan pad
Untuk membolehkan S3 ni di charge secara wireless AP terpaksa membeli satu alat yang dipanggil Wireless Charger Receiver. Benda ni perlu dipasang pada handphone anda.

Receiver dipasang pada S3
Secara rumusnya, untuk membolehkan S3 dicas secara tanpa wayar, anda perlulah memiliki kedua alat iaitu wireless charger itu sendiri dan receiver.


Dan hasilnya ialah...

Screen Capture dari S3 AP

Kebaikan wireless charger:
  • Menyelesaikan masalah charging port yang rosak
  • Kawasan lebih kemas (kurang wayar)
Well.. sekian untuk kali ini.. Thanks for reading.

p/s: nantikan mini Give Away dari AP Hours

Thursday, January 9, 2014

Review Tabur! Nokia Asha 503. Perfect Backup Phone?

Musim hujan macam ni memang susah sikit untuk saya.. Untuk tidur memang best (sebab baru-baru ni AP selalu Insomnia). Biji benih pun dah semai, main game pulak tak dapat. Memang takda apa nak dibuat. 


Dah golek-golek 10 minit, terfikir la nak buat personal review pasal hand-phone Nokia yang satu ni. Memperkenalkan.. Nokia Asha 503.


Taken from Nokia's Website
Dengan tag line, Swipe. Snap. Share. Asha 503 ini amat menarik pada pandangan AP. Ia boleh didapati dalam 6 warna yang menarik iaitu kuning, merah, hijau, biru, putih dan hitam. Binaan yang kecil pada handphone ini membuatkannya selesa dipegang. Glass like finishing pada penutup belakang ini pada AP sangat menarik. Nampak macam akuarium je handphone ni.

Dengan RM300 kita dapat memiliki Asha 503 yang berspesifikasi seperti berikut;


GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 2100
SIMMicro-SIM
Announced2013, October
StatusAvailable. Released 2013, November
BODYDimensions102.6 x 60.6 x 12.7 mm (4.04 x 2.39 x 0.5 in)
Weight110.2 g (3.88 oz)
DISPLAYTypeTFT capacitive touchscreen, 256K colors
Size240 x 320 pixels, 3.0 inches (~133 ppi pixel density)
MultitouchYes, up to 2 fingers
ProtectionCorning Gorilla Glass
SOUNDAlert typesVibration, MP3 ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB, 4 GB card included
DATAGPRSUp to 85.6 kbps
EDGEUp to 236.8 kbps
SpeedHSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n
BluetoothYes, v3.0 with A2DP
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary5 MP, 2592x1944 pixels, LED flash
VideoYes, QVGA@15fps
SecondaryNo
FEATURESOSNokia Asha software platform 1.2
SensorsAccelerometer, proximity
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, IM
BrowserWAP 2.0/xHTML
RadioStereo FM radio
GPSNo
JavaYes
ColorsYellow, black, green, red, blue, white
- SNS apps
- MP4/H.263 player
- MP3/AAC player
- Photo editor
- Organizer
- Voice memo
- Predictive text input
BATTERYLi-Ion 1200 mAh battery (BL-4U)
Stand-byUp to 840 h (2G) / Up to 840 h (3G)
Talk timeUp to 12 h (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
Music playUp to 34 h

Untuk backup phone, Asha 503 ini menjalankan tugasnya dengan baik. Bateri pun tahan. Setakat ini, Asha 503 ni bertahan hampir 48jam dengan penggunaan sederhana (messaging, calling, wifi, mp3). Kalau nak main game, terpaksa pakai S3 tapi bateri cepat drain.

Selepas update OS Asha 503, kita akan dapat lihat icon Whatsapp pada fast lane handphone. Pre instaled App handpne ni seingat AP ada WeChat saja. AP tak berapa nak minat WeChat ni. Ada Whatsapp memang lengkap dah handphone ni. Fungsi Glance pada phone ini membolehkan kita melihat notification tanpa erlu menekan power button. Fungsi ini memang berguna kerana tiada LED notification pada Asha 503.

Namun, ada jugak yang tak best pasal handphone ni. Resolution yang kecil buat imej pada skrin nampak ber-pixel. Hasil dari kameranya juga agak tidak memuaskan dan kadang-kadang handphone ni agak lag sedikit. Binaan speaker di dalam phone ni membuatkan bunyi agak kurang kelas especially kalau letak handphone ni di atas tilam. Tiada kamera depan untuk phone ini. Maknanya tak boleh buat video call la..

Asha 503 Hitam. Backup phone AP
Pada AP, Nokia Asha 503 ini cukup untuk memenuhi keperluan basic yang wajib ada untuk setiap phone. Harga mampu milik. Bateri pun agak menkagumkan. So bagi AP, Asha 503 ni memang perfect untuk backup S3.

Well.. Sekian sahaja untuk review simple yang bertaburan dari AP. Readers kalau ada pandangan lain pasal handphone ni, jangan malu-malu nak share. OK? Untill next time friends. Thanks for reading. Ciaoo.


P/s: Nak kaler Putih tapi tak ada. Apa boleh buat. Agak menggamit memori bila main game The Sims 3 oleh EA (hadiah dari Nokia). Teringat sekejap pada SE W610 dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...