Friday, January 3, 2014

Bagaimana Menanam Strawberry (bahagian 2)

Akhirnya ada sedikit kerajinan untuk menyambung entry mengenai penanaman strawberry. Untuk makluman, semua yang diceritakan dalam entry ini dan entry sebelumnya ialah berdasarkan pengalaman sendiri dan melalui bacaan dari internet serta pdf.

Pemilihan tapak untuk menanam strawberry adalah amat penting. Pertumbuhan strawberry yang optimum memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam cahaya matahari. Namun demikian keadaan cuaca negara kita adalah amat panas. Sebaiknya ia diletakkan di tempat yang sedikit terlindung dari matahari. Tanah yang sesuai untuk penanamannya ialah tanah yg sedikit berasid. Jangan tanam strawberry di tempat yg telah ditanam tomato, lada hitam.


Pokok diletak di kawasan sedikit terlindung dari matahari

Penyiraman strawberry disesuaikan kepada keadaan cuaca. Di tempat saya, penyiraman dibuat sekali dalam 2 hari. Pada musim hujan, tiada penyiraman dilakukan kerana air hujan akan membasahkan tanah di di dalam pasu. Tanah juga akan menjadi lebih lambat kering. Akar strawberry tidak masuk jauh ke dalam tanah untuk mencari air, oleh itu pada musim panas, penyiraman boleh dibuat 2 kali sehari. Ini kerana waktu panas pada waktu siang akan membuatkan tanah menjadi kering. Namun demikian, jangan pula menyiram sehingga pasu melimpah dengan air. Strawberry tidak suka dengan keadaan yang terlalu basah. Keadaan cuaca yang sejuk pada musim hujan akan merangsang strawberry untuk berbuah. Melalui bacaan dari blog ( tak ingat blog mana ), kita juga boleh menyiram air sejuk ( air dari peti sejuk) untuk merangsang pembuahan.



Bunga ros. (Tanam sendiri)


Bagi pembajaannya pula, saya hanya menggunakan baja organik iaitu tahi ayam, Tahi ayam boleh didapati daripada kedai-kedai yang menjual peralatan tani. Baja ini boleh diletak sekali dalam 2 atau 3 minggu.


Sekian sahaja perkongsian mengenai penanaman strawberry. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Sekiranya ada masa terluang, saya akan mengongsikan lagi pengalaman yang lain. Thanks for reading.



Hasil dari pokok yang di tanam dari pasu


8 comments:

  1. tanah di negara kita secara semulajadinya memang berasid.

    ReplyDelete
  2. Di kawasan mana anda menanam strawberi tu? Area sejuk, pergunungan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tengah hari.. Sy tanam di Keningau. Tengah hari panas, waktu malam agak dingin juga. Dulu saya cuba menanam di Membakut, pokok tumbuh, tapi tidak menunjukkan tanda untuk berbuah.

      Delete
  3. Replies
    1. tidak pasti jenis apa. seoarang sahabat ibu saya memberikan kepada dia. kemudian kami biakkan sendiri.

      Delete
  4. Slm. Bagaimana mdptkn benihnya? Saudara ada menulis ttg dr biji, blh terangkn bagaimana nk cambahkn benih dr biji tu utk dijadikn anak pokok? Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello.. Minta maaf kerana saya tidak dapat menerangkan berkenaan itu. Kerana saya belum pernah membiakkan melalui biji benih. Pembiakkan melalui biji benih itu saya tulis berdasarkan pembacaan sahaja.. sekiranya berpeluang mencambahkan dari biji bennih, saya akan kongsikan pengalaman saya. Terima kasih.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...