Sunday, August 9, 2015

Gambar Kesan Banjir Lumpur di Kota Belud

Hello..

Banjir lumpur yang berlaku baru-baru ni semakin teruk. Selepas hujan selama beberapa hari, Sungai Kedamaian menjadi lumpur sekali lagi.

AP dulu memang tinggala dan membesar di Kota Belud. Mak AP pun asal dari Kota Belud juga. Masa kecil-kecil dulu, selalu mandi di sungai ni. Memang jernih dan sejuk airnya. Namun selepas kejadian gempa bumi di Ranau hari tu, keadaan sungai ni telah berubah. FYI air sungai ni mengalir dari gunung ya..

Semoga penduduk kampung dapat bersabar dan tabah menghadapi cabaran ini. Harap-harap wakil rakyat kawasan dapat turun dan melihat keadaan penduduk kampung yang terjejas.

Cheers~

Friday, August 7, 2015

Koleksi Digimon: Siri 2

Hello..


Telur vpet ver.4.
Sambungan sharing koleksi Digimon AP. Blogger yang lahir pada tahun 80an dan 90an mesti tau virtual pet kan? Alaa.. pet elektronik yang main bela tu. Kena bagi makan, basuh najis, kena On/Off lampu tu. Back in 1997 memang popular benda ni. Tamagotchi oleh BANDAI antara yang top masa tu.

Thursday, August 6, 2015

Koleksi Digimon: Siri 1

Hello..

Macam yang AP cakap dalam entry sebelum ni, AP akan share koleksi digimon AP.
Orite. Mostly AP collect mainan elektronik. AP mula kumpul benda ni pada tahun 2010. Masa budak-budak dulu tak mampu nak beli. Masa tu budak-budak kaya bole beli la. Mula-mula keluar, benda ni harganya dalam RM50 macam tu. Sekarang ni jangan cakap la. RM500 pun baru dapat 1 item je. Mahal oo. Orite, Digimon yang mula-mula AP beli ialah.. jeng jeng jeng. Digivice dari Digimon Adventure.

Cantik tak?

Hujan Lagi..

Hai hai semua..
Pagi harini, bangun je terus tengok dekat luar rumah. Syukur. Air tak naik. Hampir tiap hari hujan turun di bumi Membakut ni..
Hujung minggu yang lepas air naik. Tapi nasib baik tak tinggi sangat. Huhuhu. Risau kejadian awal tahun 2015 berulang lagi. Kalau berulang, alamatnya bertugas la di pusat pemindahan. 

P/s: Kami sedia membantu! Cheers

Kawasan banjir. Sumber dari henpon AP.


Pagi masa banjir. Huhu

Monday, August 3, 2015

Digimon dan AP

Hello all.. Lamanya tak buka blog AP ni.. Rasanya kalau makanan, blog ni dah lama basi kot. Kahkahkah. Dek kesibukan kehidupan dan tuntutan kerja AP jarang la dapat bukak blog ni. Harap lepas ni sibuk akan berkurangan. Sekian mukadimah. Hehehe.

So, Digimon. Pernah tak korang dengar pasal Digimon? Haa.. Digimon ni sebenarnya singkatan daripada, Digital Monster. Dulu anime Digimon ni pernah tayang dekat NTV7. Digimon Adventure namanya. Untuk yang tak tahu, dekat bawah ni ada pic kanak-kanak terpilih dari anime tu.


Sumber: Google Image

Sebab anime ni la buat AP minat Digimon sampai sekarang. Dah umur 25tahun ni.. Hehehe.. Lengkap episod 1 - 54 ada dalam HD AP. Lain dari tu ada Season 2, 3. Yang lain tengah download.. Fufufu.

Ini list digimon mengikut faveret AP.

  • Digimon Adventure
  • Digimon Tamers
  • Digimon Adventure 02
  • Digimon Frontier
Satu lagi yang tak tahan pasal Digimon ni, BANDAI ada release toys berkaitan Digimon. Ada virtual pet, ada figure.. Huhu.. Nipis poket woo.. Bak kata kawan AP, BANDAI memang PANDAI.


Rakan blogger lain ada tgk anime ni tak? Next time AP akan share koleksi Digimon AP pulak. Kalau ada masa AP akan buat entry lagi padat pasal Digimon especially virtual pet dia. 


Cheers.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...