Hello..
Macam yang AP cakap dalam entry sebelum ni, AP akan share koleksi digimon AP.
Orite. Mostly AP collect mainan elektronik. AP mula kumpul benda ni pada tahun 2010. Masa budak-budak dulu tak mampu nak beli. Masa tu budak-budak kaya bole beli la. Mula-mula keluar, benda ni harganya dalam RM50 macam tu. Sekarang ni jangan cakap la. RM500 pun baru dapat 1 item je. Mahal oo. Orite, Digimon yang mula-mula AP beli ialah.. jeng jeng jeng. Digivice dari Digimon Adventure.
Cantik tak?
Haa.. Ini la dia yang AP beli masa student dulu.. Condition masi cun. Scratch halus je. Biasa la item tahun 199 kan. DIgivice ni versi jepun. So dalamnya mmg semua pakai bahasa Jepun.. Kena explore sikit, baru faham menu dalam tu.
GAME PLAY
Masa ON digivice ni, kita akan diberi pilihan untuk pilih salah satu daripada 7 Digimon terawal dalam anime dia. Agumon, Gabumon, Gomamon, Palmon, Tentomon, Patamon, dan Piyomon.
Digimon yang korang bole pilih. Sumber dari FileIsland |
Selepas pilih, nanti bole la goncang-goncang digivice tu untuk kasi Digimon korang tu berjalan. Memang kena goncang digivice sebab game play dia jenis adventure. Nanti bila dah cukup step, akan jumpa Digimon jahat. Bila dah jumpa tu, kena la lawan. Kalau tak lawan, nanti Digimon korang jadi tak happy pulak.. Kalau lah digimon korang kalah dan sakit, bole bagi ubat kat dia. 6 digimon lain tu, korang akan dapat melalui fungsi Help Wave.
Digimon jahat. Sumber dari FileIsland |
Sekian untuk sharing kali ni. Bersambung ke siri berikutnya.. cheers~
p/s: kalau ada soalan, komen je. AP try jawap.
oii.. mainan adk sa ne... hahha
ReplyDeleteoya ka? suru simpan la.. lain kali bole buat display d rumah
Deletelama sehhhh permainan ni bertahan..
ReplyDeletememang peminat tegar digimon ea.. ^_^
Yep.. minat dengan item2 macam ni. hehe
Delete