Thursday, March 27, 2014

Gameboy Advance Emulator

Heeiiihooo!!
Gameboy Advance

Malam sunyi ni terasa boring pula.. Teringat masa dulu, main game Pokemon pakai Gameboy Colour (kawan punya). Rasa best sangat. Sekarang dah canggih, tak ramai lagi yang minat main game pakai benda camni. Semua nak touch screen. Fufufu.

Hari ni AP nak mau cakap pasal konsol dia tu. AP nak bagitau pasal emulator GBA yang wujud supaya kita bole main game GBA di PC, Laptop malahan pada telefon pintar. Tapi malam ni nak bagi fokus pada laptop & pc dulu.

Saturday, March 22, 2014

AP Punya Destop

Add caption
Di tengah malam yang sunyi dengan bunyi cengkerik ini, AP saja buatkan entry tidak bermakna dengan menampal screen capture destop AP. Sekian.

p/s: boring tahap dewa.

Segmen: Pencarian Bloglist oleh Nazurah


Well, malam ni dapat invitation segmen dari Nazurah. So dengan suka citanya, AP join segmen ni. Tetiba terbuka hati untuk join. Hehe. Macam saja lah intro yang dapat fikir untuk malam ni Cik Nazurah oii~ hehe. Sembang lebat pun tak guna kalau tak buat. Klik dah setel, follow dah setel. Untuk join jom klik link di bawah ni..

>>KLIK UNTUK JOIN<<

Friday, March 21, 2014

Kenapa Batman Tak Pernah Senyum?

Pernah tengok kartun Batman tak? Hehe. AP rasa geli hati ja tengok komik ni. So AP nak share dengan rakan blogger lain..



Happy Friday Everybody!!

Wednesday, March 19, 2014

Release Stress, Main Game..

 Petang tadi bumi Membakut sekali lagi dibasahi hujan rahmat setelah sekian lama panas. Mata rasa berat ja nak tidur. Nasib baik tengah kerja. Adui~ ruginya. Dah mengantuk, banyak pulak la masalah dari staf dan klien. Tak habis dengan menipunya, demand nya.. Adui.. Stress!!

Dan malam ini, release stress dengan bermain game.. Ceewahh.. Muda kembali terasa diri ini. Rasa macam masa dekat kolej pula. Fufufu.


Semestinya kalau dah bosan atau stress.. Game yang wajib AP main ialah tak lain dan tak bukan, Football Manager 2014. WOW! Game simulasi yang sangat mencabar. 

Sumber: pcgamer
Gameplay FM14 yang Ohsem.
Sumber: citizengame

Monday, March 17, 2014

Liverpool Day! Hooray!

Gerrard mencium kamera semasa meraikan gol kedua beliau.
Sumber: ESPN
Wow.. Perlawanan sengit Super Sunday antara Manchester United dan Liverpool yang berkesudahan dengan 0-3. Perlawanan yang sangat menarik dengan banyak aksi yang menghiburan. Dua gol dari Steven Gerrard dan satu gol dari Luis Suarez membawa Liverpool ke tangga ke-dua BPL. YNWA!!


Kepala Liverpool, Brendan Rodgers yang kacak bergaya.
Sumber: FB Liverpool


Suarez, striker berbisa Liverpool.
Sumber: FB Liverpool

Hehe.. Memang best la hujung minggu minggu ni.. Lepas ni AP bole la tidur sambil mimpi berlari-lari di atas pelangi. Harap-harap lepas ni akan lebih berjaya selepas musim mengecewakan beberapa tahun dulu. Nite all.. 


Adam Lallana ang dikatakan menjadi buruan Liverpool musim depan.
Sumber: ESPN

p/s: Gambar Lallana yang takda kaitan dengan match tadi. Saja letak. :)

Sunday, March 16, 2014

Nak Follow Tapi Tak Dapat

Baru-baru ni AP mula aktif main blog semula.. Blog walking sikit-sikit la.. Masalahnya, bila jumpa blog yang AP nak follow, macam tetiba ada error? AP pun macam errmm.. Blur gitu.. 




Rakan-rakan blogger pernah ada masalah macam ni tak? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Huhu.. 



Wednesday, March 12, 2014

Bomoh Karpet

OK. Isu kehilangan kapal terbang MH370 yang misteri ini mengundang seribu satu tanda tanya untuk setiap masyarakat di dunia. Banyak negara mengunakan teknologi masing-masing untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Namun nampaknya belum ada pentunjuk yang menunjukkan lokasi kapal tersebut berada.

Selain dari penggunaan teknologi moden, ada segelintir pihak mencadangkan untuk menggunakan bomoh untuk mencari lokasi kapal tersebut. Orite. Datang la Raja Bomoh ni. Terus terang AP tak tahu dari mana datang bomoh ni. AP tak ikut sangat cerita berkenaan bomoh yang dikatakan sebagai raja ini. Bukan tak percaya, tapi AP yakin Tuhan lagi berkuasa.

Orite. Hari pertama, bomoh ni guna bubu sebagai alat untuk menjalankan aktiviti bomoh beliau. Dan hasilnya? Ermmmm. Itu saja yang AP boleh katakan. AP boleh tahan lagi. Ignore saja la.

Hari kedua. Apa ni? Kelapa? Bakul? Payung? Aduh. Tak cukup lagi nak memalukan negara? Dah la buat kat khalayak ramai, media asing pun ada pulak tu? Terus terang, AP sebagai rakyat negara Malaysia malu dengan tindakan bomoh ni. Malu orang luar nampak korang buatmacam ni. Orang luar tak mention 'bomoh' tapi mereka akan mention Malaysian.



Ini disusuli dengan betapa banyaknya gambar yang mempersenda bomoh tersebut sebagai tanda kritikan kepada beliau. Ini salah satu daripadanya.



Semoga aktiviti memalukan ini dihentikan segera. 

p/s: Kalau nak buat pun jangan di khalayak ramai, buat kat rumah sudah.. Niat dah baik, tapi jangan memalukan. Pray For All the Passengers. 

Monday, March 10, 2014

Labuan: Tertipu di Awal Pagi



Ahad 9 Mac 2014, AP akhirnya bersetuju untuk menemani kawan AP, Eza dan Abu untuk ke Labuan. Eza dan Abu ni kononnya nak shopping. Eza dengan misi mencari kordial perisa pisang dan Abu, mencari hadiah untuk kawannya yang bakal bernikah minggu depan. Setiap ahad sepatutnya menjadi hari rehat AP yang paling berkualiti. Layan tidur diatas katil dengan tiupan angin dari kipas.. Wah.. Seronoknya.. 

Bertolak seawal 7.10 pagi dari Membakut, kami tiba di jeti Menumbok dalam jam 8.20 pagi. Nasib baik jalan masih clear. Boleh tekan minyak sikit. Hehehe. Malang tak berbau, seawal itu lah juga AP ditipu oleh penjual tiket di kaunter tiket speed boat. Ikuti perbualan kami.

Penjual: Mau pigi Labuan ka?
AP: Iya.. Mana mau beli tiket tu?
Penjual: Sini. Mau jalan terus atau tunggu? Boi, ko tulung kasi tau dulu..

AP pun hairan.. Bincang dengan kawan jap dan kami buat keputusan untuk jalan terus.

AP: Berapa harga tiket kalau jalan terus?
Boi: Kalau jalan terus, RM15, tunggu RM7.50
AP: Ba, kasi jalan terus la.

AP pun bayar RM45.

Penjual: Ba. Kamurang tunggu di bawah sana.
AP: Ba..

Tunggu punya tunggu, penjual tu tak datang pun. Kami pun macam rasa dah tertipu. 10 minit lepas tu penjual tadi datang. "Ba, naik la kamurang," kata penjual tu. Rupanya kami naik sekali dengan orang yang bayar tiket RM7.50!! Adui! tertipunya!! Tapi tak apa lah.. Pengalaman kononnya. Lepas ni kalau pegi Labuan tak la tertipu lagi.

Penjual tu baik orangnya. Mungkin kami yang terlalu lurus. Kawan-kawan bloggers, jangan sampai tertipu tau.

p/s: Jangan nak cepat saja. Belajar bersabar.

PRAY FOR MH370. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

Sunday, March 9, 2014

Myth Buster: Salt



Myth: Sea salt is a healthier product than table salt.

Reality: There are no documented health advantages to sea salt, and the sodium content is similar.

Kurang Kafein, Kulit Cantik

Kurangkan pengambilan teh dan kopi kepada satu cawan setiap hari selama sebulan dan kemudian hentikan pengambilan kafein sama sekali. 



Kemudian lihat bagaimana perubahan ton kulit anda. Selain itu tidur anda akan menjadi lebih berkualitili dan berasa lebih tenang. Selamat mencuba.

p/s: AP suka kopi Tenom Fatt Choi. Slluurrppp.. 

Wednesday, March 5, 2014

PENCARIAN BLOGLIST 2014 by AlyaniMatshah


Weeehuuu.. Lama nda buka blog ni macam banyak pula benda baru. Terbaru yang AP tahu pasal pencarian bloglist ni. WOW!! Join dulu ni.. Mana tau kena kasi masuk dalam bloglist 2014 si kawan blogger, AlyaniMatshah. Hehe. Siap suda follow semua rules.. Tapi ngam juga ka ni step saya +Alyani Matshah ? Hmmm.. masi sy x pandai buat backlink. Sori r.

Uuuuiissshhh.. Lamanya tak Blogging

Hurrmmm.. cuaca Malaysia baru-baru ni macam panas ja la.. Siang panas.. Malam pun panas.. Keja dalam air-cond pun masih rasa panas.. Orang yang keja klinik pun bole sakit kalau macam ni.. Aduuiii..

Apa-apa pun banyakkan minum air masak.. No manis-manis. Fufufu.. Beban keja awal tahun ni agak banyak.. Barang-barang stor banyak pulak yang sampai. Order dari klinik lain banyak pulak.. Kaunter kena jaga pulak.. Malamnya dah penat so tidur la jawapnya. Kalau tak tidur pun main game sekejap dan macam biasa.. Tidur. Fuhh.. Nasib baik ada rakan sekerja yang OK.. Takde la terasa sangat beban keja harian. Hehe. Thank you fren!!

Nak dijadikan cerita.. Masa keja minggu lepas tetiba teringat Tamagotchi. Hehe. Comel je virtual pet tu.. So AP pun ambil Tamagotchi tu dan belikan bateri baru.. Masih berfungsi. OK cantek.. AP pun cuba la main. Sekarang baru umur setahun.. Terasa seperti kembali ke zaman masa dekat kolej pula. Masa tu AP memang gila beli virtual pet ni. Dalam collection pun ada la beberapa..

Haa.. Ni dia Tamagotchi AP yang comel

Orite. Itu saja untuk hari ni. Ada masa AP menaip lagi untuk blog ni. Tak kisah la ada pembaca atau tak, ada trafik masuk atau tak.. hehe. Thanks. Babai.

P/S: AP rasa nak buat GA dalam masa terdekat ni. Hadiahnya tunggu.. hehe.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...