Bertolak seawal 7.10 pagi dari Membakut, kami tiba di jeti Menumbok dalam jam 8.20 pagi. Nasib baik jalan masih clear. Boleh tekan minyak sikit. Hehehe. Malang tak berbau, seawal itu lah juga AP ditipu oleh penjual tiket di kaunter tiket speed boat. Ikuti perbualan kami.
Penjual: Mau pigi Labuan ka?
AP: Iya.. Mana mau beli tiket tu?
Penjual: Sini. Mau jalan terus atau tunggu? Boi, ko tulung kasi tau dulu..
AP pun hairan.. Bincang dengan kawan jap dan kami buat keputusan untuk jalan terus.
AP: Berapa harga tiket kalau jalan terus?
Boi: Kalau jalan terus, RM15, tunggu RM7.50
AP: Ba, kasi jalan terus la.
AP pun bayar RM45.
Penjual: Ba. Kamurang tunggu di bawah sana.
AP: Ba..
Tunggu punya tunggu, penjual tu tak datang pun. Kami pun macam rasa dah tertipu. 10 minit lepas tu penjual tadi datang. "Ba, naik la kamurang," kata penjual tu. Rupanya kami naik sekali dengan orang yang bayar tiket RM7.50!! Adui! tertipunya!! Tapi tak apa lah.. Pengalaman kononnya. Lepas ni kalau pegi Labuan tak la tertipu lagi.
Penjual tu baik orangnya. Mungkin kami yang terlalu lurus. Kawan-kawan bloggers, jangan sampai tertipu tau.
p/s: Jangan nak cepat saja. Belajar bersabar.
PRAY FOR MH370. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment