Monday, May 12, 2014

House Rules



If you open it, close it.
If you turn it on, turn it off.
If you unlock it, lock it.
If you break it, fix it.
If you can't fix it, report it.
If you borrow it, return it.
If you make a mess of it, clean it up.
If you don't know, ask.
If it doesn't concern you,
 don't mess with it!!



Sunday, May 11, 2014

Happy Mothers Daycredit to owner

    Well.. setelah sekian lama sibuk, baru hari ni ada masa untuk update blog simple ni sikit.. Rakan blogger dah wish Selamat Hari Ibu tak dekat ibu masing-masing? Hehe.. Masih sempat lagi kalau nak wish sekarang. Kadang ibu ialah orang paling bising bila menegur anak.. Tapi bagi AP, itu mungkin memang naluri untuk melindungi. Mungkin sebab mereka lagi dulu makan garam dari kita? So, terpulang pada kita untuk menilai nasihat mereka kerana setiap teguran ada sebabnya.

Credit to owner

      Pada AP setiap hari ialah hari ibu. Setiap hari ialah hari bapa.. Tanpa mereka siapa lah kita.. Hargai mereka setiap hari.. Biar mereka tahu bahawa kita sayang dan peduli tentang mereka. 

p/s: AP sayang semua ahli keluarga AP.

Tuesday, April 29, 2014

Monday, April 14, 2014

Mentally And Physically Tired

Heiihoo everibadi...

Haduuiiiii.. Mengeluh tak habis AP baru-baru ni.. Siang penat, malam tak larat. So, macam ni la jadinya.. Memang tak terlayan blog simple ini.. Apa kan daya, kerja hakiki sepertinya lebih penting.

Macam ni la jadinya
Penat secara fizikal mungkin boleh hilang selepas mandi dan tidur. Tetapi itu rasanya tidak cukup untuk membuat kita gembira.

Kepenatna yang harus dan patut hilang ialah kepenatan dari segi mental. Penat secara mental mendorong mood AP berubah. Rasanya AP kena ambil cuti dalam 2 -3 hari kot.. Cuti tahunan pun ada 45 hari lagi. Ehehe.

p/s: Kereta pun tak servis lagi.. Adoiiii

Thursday, March 27, 2014

Gameboy Advance Emulator

Heeiiihooo!!
Gameboy Advance

Malam sunyi ni terasa boring pula.. Teringat masa dulu, main game Pokemon pakai Gameboy Colour (kawan punya). Rasa best sangat. Sekarang dah canggih, tak ramai lagi yang minat main game pakai benda camni. Semua nak touch screen. Fufufu.

Hari ni AP nak mau cakap pasal konsol dia tu. AP nak bagitau pasal emulator GBA yang wujud supaya kita bole main game GBA di PC, Laptop malahan pada telefon pintar. Tapi malam ni nak bagi fokus pada laptop & pc dulu.

Saturday, March 22, 2014

AP Punya Destop

Add caption
Di tengah malam yang sunyi dengan bunyi cengkerik ini, AP saja buatkan entry tidak bermakna dengan menampal screen capture destop AP. Sekian.

p/s: boring tahap dewa.

Segmen: Pencarian Bloglist oleh Nazurah


Well, malam ni dapat invitation segmen dari Nazurah. So dengan suka citanya, AP join segmen ni. Tetiba terbuka hati untuk join. Hehe. Macam saja lah intro yang dapat fikir untuk malam ni Cik Nazurah oii~ hehe. Sembang lebat pun tak guna kalau tak buat. Klik dah setel, follow dah setel. Untuk join jom klik link di bawah ni..

>>KLIK UNTUK JOIN<<

Friday, March 21, 2014

Kenapa Batman Tak Pernah Senyum?

Pernah tengok kartun Batman tak? Hehe. AP rasa geli hati ja tengok komik ni. So AP nak share dengan rakan blogger lain..



Happy Friday Everybody!!

Wednesday, March 19, 2014

Release Stress, Main Game..

 Petang tadi bumi Membakut sekali lagi dibasahi hujan rahmat setelah sekian lama panas. Mata rasa berat ja nak tidur. Nasib baik tengah kerja. Adui~ ruginya. Dah mengantuk, banyak pulak la masalah dari staf dan klien. Tak habis dengan menipunya, demand nya.. Adui.. Stress!!

Dan malam ini, release stress dengan bermain game.. Ceewahh.. Muda kembali terasa diri ini. Rasa macam masa dekat kolej pula. Fufufu.


Semestinya kalau dah bosan atau stress.. Game yang wajib AP main ialah tak lain dan tak bukan, Football Manager 2014. WOW! Game simulasi yang sangat mencabar. 

Sumber: pcgamer
Gameplay FM14 yang Ohsem.
Sumber: citizengame

Monday, March 17, 2014

Liverpool Day! Hooray!

Gerrard mencium kamera semasa meraikan gol kedua beliau.
Sumber: ESPN
Wow.. Perlawanan sengit Super Sunday antara Manchester United dan Liverpool yang berkesudahan dengan 0-3. Perlawanan yang sangat menarik dengan banyak aksi yang menghiburan. Dua gol dari Steven Gerrard dan satu gol dari Luis Suarez membawa Liverpool ke tangga ke-dua BPL. YNWA!!


Kepala Liverpool, Brendan Rodgers yang kacak bergaya.
Sumber: FB Liverpool


Suarez, striker berbisa Liverpool.
Sumber: FB Liverpool

Hehe.. Memang best la hujung minggu minggu ni.. Lepas ni AP bole la tidur sambil mimpi berlari-lari di atas pelangi. Harap-harap lepas ni akan lebih berjaya selepas musim mengecewakan beberapa tahun dulu. Nite all.. 


Adam Lallana ang dikatakan menjadi buruan Liverpool musim depan.
Sumber: ESPN

p/s: Gambar Lallana yang takda kaitan dengan match tadi. Saja letak. :)

Sunday, March 16, 2014

Nak Follow Tapi Tak Dapat

Baru-baru ni AP mula aktif main blog semula.. Blog walking sikit-sikit la.. Masalahnya, bila jumpa blog yang AP nak follow, macam tetiba ada error? AP pun macam errmm.. Blur gitu.. 




Rakan-rakan blogger pernah ada masalah macam ni tak? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Huhu.. 



Wednesday, March 12, 2014

Bomoh Karpet

OK. Isu kehilangan kapal terbang MH370 yang misteri ini mengundang seribu satu tanda tanya untuk setiap masyarakat di dunia. Banyak negara mengunakan teknologi masing-masing untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Namun nampaknya belum ada pentunjuk yang menunjukkan lokasi kapal tersebut berada.

Selain dari penggunaan teknologi moden, ada segelintir pihak mencadangkan untuk menggunakan bomoh untuk mencari lokasi kapal tersebut. Orite. Datang la Raja Bomoh ni. Terus terang AP tak tahu dari mana datang bomoh ni. AP tak ikut sangat cerita berkenaan bomoh yang dikatakan sebagai raja ini. Bukan tak percaya, tapi AP yakin Tuhan lagi berkuasa.

Orite. Hari pertama, bomoh ni guna bubu sebagai alat untuk menjalankan aktiviti bomoh beliau. Dan hasilnya? Ermmmm. Itu saja yang AP boleh katakan. AP boleh tahan lagi. Ignore saja la.

Hari kedua. Apa ni? Kelapa? Bakul? Payung? Aduh. Tak cukup lagi nak memalukan negara? Dah la buat kat khalayak ramai, media asing pun ada pulak tu? Terus terang, AP sebagai rakyat negara Malaysia malu dengan tindakan bomoh ni. Malu orang luar nampak korang buatmacam ni. Orang luar tak mention 'bomoh' tapi mereka akan mention Malaysian.



Ini disusuli dengan betapa banyaknya gambar yang mempersenda bomoh tersebut sebagai tanda kritikan kepada beliau. Ini salah satu daripadanya.



Semoga aktiviti memalukan ini dihentikan segera. 

p/s: Kalau nak buat pun jangan di khalayak ramai, buat kat rumah sudah.. Niat dah baik, tapi jangan memalukan. Pray For All the Passengers. 

Monday, March 10, 2014

Labuan: Tertipu di Awal Pagi



Ahad 9 Mac 2014, AP akhirnya bersetuju untuk menemani kawan AP, Eza dan Abu untuk ke Labuan. Eza dan Abu ni kononnya nak shopping. Eza dengan misi mencari kordial perisa pisang dan Abu, mencari hadiah untuk kawannya yang bakal bernikah minggu depan. Setiap ahad sepatutnya menjadi hari rehat AP yang paling berkualiti. Layan tidur diatas katil dengan tiupan angin dari kipas.. Wah.. Seronoknya.. 

Bertolak seawal 7.10 pagi dari Membakut, kami tiba di jeti Menumbok dalam jam 8.20 pagi. Nasib baik jalan masih clear. Boleh tekan minyak sikit. Hehehe. Malang tak berbau, seawal itu lah juga AP ditipu oleh penjual tiket di kaunter tiket speed boat. Ikuti perbualan kami.

Penjual: Mau pigi Labuan ka?
AP: Iya.. Mana mau beli tiket tu?
Penjual: Sini. Mau jalan terus atau tunggu? Boi, ko tulung kasi tau dulu..

AP pun hairan.. Bincang dengan kawan jap dan kami buat keputusan untuk jalan terus.

AP: Berapa harga tiket kalau jalan terus?
Boi: Kalau jalan terus, RM15, tunggu RM7.50
AP: Ba, kasi jalan terus la.

AP pun bayar RM45.

Penjual: Ba. Kamurang tunggu di bawah sana.
AP: Ba..

Tunggu punya tunggu, penjual tu tak datang pun. Kami pun macam rasa dah tertipu. 10 minit lepas tu penjual tadi datang. "Ba, naik la kamurang," kata penjual tu. Rupanya kami naik sekali dengan orang yang bayar tiket RM7.50!! Adui! tertipunya!! Tapi tak apa lah.. Pengalaman kononnya. Lepas ni kalau pegi Labuan tak la tertipu lagi.

Penjual tu baik orangnya. Mungkin kami yang terlalu lurus. Kawan-kawan bloggers, jangan sampai tertipu tau.

p/s: Jangan nak cepat saja. Belajar bersabar.

PRAY FOR MH370. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

Sunday, March 9, 2014

Myth Buster: Salt



Myth: Sea salt is a healthier product than table salt.

Reality: There are no documented health advantages to sea salt, and the sodium content is similar.

Kurang Kafein, Kulit Cantik

Kurangkan pengambilan teh dan kopi kepada satu cawan setiap hari selama sebulan dan kemudian hentikan pengambilan kafein sama sekali. 



Kemudian lihat bagaimana perubahan ton kulit anda. Selain itu tidur anda akan menjadi lebih berkualitili dan berasa lebih tenang. Selamat mencuba.

p/s: AP suka kopi Tenom Fatt Choi. Slluurrppp.. 

Wednesday, March 5, 2014

PENCARIAN BLOGLIST 2014 by AlyaniMatshah


Weeehuuu.. Lama nda buka blog ni macam banyak pula benda baru. Terbaru yang AP tahu pasal pencarian bloglist ni. WOW!! Join dulu ni.. Mana tau kena kasi masuk dalam bloglist 2014 si kawan blogger, AlyaniMatshah. Hehe. Siap suda follow semua rules.. Tapi ngam juga ka ni step saya +Alyani Matshah ? Hmmm.. masi sy x pandai buat backlink. Sori r.

Uuuuiissshhh.. Lamanya tak Blogging

Hurrmmm.. cuaca Malaysia baru-baru ni macam panas ja la.. Siang panas.. Malam pun panas.. Keja dalam air-cond pun masih rasa panas.. Orang yang keja klinik pun bole sakit kalau macam ni.. Aduuiii..

Apa-apa pun banyakkan minum air masak.. No manis-manis. Fufufu.. Beban keja awal tahun ni agak banyak.. Barang-barang stor banyak pulak yang sampai. Order dari klinik lain banyak pulak.. Kaunter kena jaga pulak.. Malamnya dah penat so tidur la jawapnya. Kalau tak tidur pun main game sekejap dan macam biasa.. Tidur. Fuhh.. Nasib baik ada rakan sekerja yang OK.. Takde la terasa sangat beban keja harian. Hehe. Thank you fren!!

Nak dijadikan cerita.. Masa keja minggu lepas tetiba teringat Tamagotchi. Hehe. Comel je virtual pet tu.. So AP pun ambil Tamagotchi tu dan belikan bateri baru.. Masih berfungsi. OK cantek.. AP pun cuba la main. Sekarang baru umur setahun.. Terasa seperti kembali ke zaman masa dekat kolej pula. Masa tu AP memang gila beli virtual pet ni. Dalam collection pun ada la beberapa..

Haa.. Ni dia Tamagotchi AP yang comel

Orite. Itu saja untuk hari ni. Ada masa AP menaip lagi untuk blog ni. Tak kisah la ada pembaca atau tak, ada trafik masuk atau tak.. hehe. Thanks. Babai.

P/S: AP rasa nak buat GA dalam masa terdekat ni. Hadiahnya tunggu.. hehe.


Saturday, February 1, 2014

Keputusan Mini Give Away by AP Hours

Well.. Masa yang dinanti telah tiba.. Aiseh.. Drum Roll sikit... bbrrrrrrrrpppp.. Bumm!! Keputusan telah dibuat berdasarkan Random.org dan Entry kreatif pula AP sendiri yang nilai. :) Tahniah kepada bloggers bertuah dan bagi yang kurang bernasib baik, boleh cuba lagi dilain masa. 

Macam mana nak tuntut reload coupon ni? 

Senang saja. Bloggers bertuah kena lah


  1. Hantar email ke charkuoi@yahoo.com dengan tajuk Mini Give Away Winners
  2. Nyatakan blog anda
  3. Nyatakan penyedia perkhidmatan telco anda. Cth Celcom, Maxis, Digi etc
  4. AP akan sediakan relod coupon dan email anda semula.

Pemenang Reload Coupon RM 10x2


Pemenang Reload Coupon RM10x1 (Entry Kreatif)

Bloger Num. 17

TAHNIAH!!!


p/s: pernah main cyber pet/tamagltchi? Kalau korang lahir dalam 80an atau 90an mesti pernah main punya. Sekarang masih ada jual tapi design dah moden. Tak berapa nak best. Untuk GA akan datang AP rasa nak kasi cyber pet la. Hehe. Nantikan..

Nombor Bertuah Anda ialah?

Sepatutnya list ni keluar lagi awal hari tu.. Tapi disebabkan kesibukan kerja masa di siang hari membuatkan AP penat dan tidak berkesempatanuntuk update blog ini. Nombor bertuah ini ialah khas untuk peserta Mini Give Away by AP Hours saja k.. :) Ada 17 peserta untuk GA kali ini.. Nombor bertuah anda ialah seperti berikut. Nantikan keputusan malam ini.. Good Luck everyone!!


  1. http://www.iammazzing.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  2. http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  3. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  4. http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  5. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/01/ap-hours-mini-give-away.html
  6. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  7. http://aimifiqa.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  8. http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  9. http://myrahthesamuraii.blogspot.com/2014/01/ap-hours-mini-give-away.html
  10. http://suanazhar.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  11. http://farhanazulkafli-96.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  12. http://aimifarzanabloggie.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  13. http://nanakimie.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  14. http://diyanawan.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  15. http://ainexo96.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  16. http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2014/01/mini-give-away-by-ap-hours.html
  17. http://umikasum.blogspot.com/2014/01/ap-hours-mini-give-away.html

Monday, January 27, 2014

Lucky Number 4~

Nak dijadikan cerita, hari AP ada join satu segmen yang dianjurkan oleh Miss Aida. Meriah segmen tu. Ramai bloggers join.. Sambil-sambil tu AP pun buat la jugak Blog Walking dari link dekat ruang komen entry asal dari blog Miss Aida. Selain tambah trafik, dapat jana income sikit-sikit (kira ok la jugak). 

Beberapa lama kemudian, Miss ada keluarkan satu list bloggers yang join segmen beliau.. AP peserta yang ke 4. Buat rilek ja la..

AP peserta ke-4

Tiba-tiba.. Satu malam tu.. Dekat chatbos AP. Miss bagi mesej. Tahniah (lebih kurang mcm tu la). AP pun klik dekat nama Miss dan link tu bawak ke blog Miss. Oh.. Keputusan segmen.. Tup-tup tengok, ada num 4? Eh? Betul ke tidak? AP pun buat rilek ja la.. Haha.

Keputusan Segmen
Rezeki la kot.. Thanks Miss~

P/s: Nantikan keputusan Give Away AP tak lama lagi.. hehehe

Thursday, January 16, 2014

AP Hours Mini Give Away






Untuk pertama kalinya, AP Hours akan menganjurkan satu Mini GA sempena dengan Bday AP yang akan tiba tidak lama lagi..


GA ini akan bermula pada 16hb Januari dan berakhir pada 31hb Januari 2014. Berikut ialah hadiah yang akan AP berikan:


Reload Coupon RM10 x 2 orang bagi bloggers bertuah
Reload Coupon RM10 x 1 orang bagi bloggers dengan Entry Kreatif

Bloggers bertuah akan dipilih menggunakan website ini.
Bagi entry kreatif pula AP akan melawat ke blog anda dan membuat pilihan.
Pemenang akan diberitahu pada 1hb Februari 2014 melalui chatbox, email atau entry blog.
Reload coupon akan dihantar melalui email


CARA PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia
  • Buat satu entry bertajuk "Mini Give Away by AP Hours" dan copy banner di atas
  • Follow blog AP Hours
  • Klik link >INI<>INI<, >INI<, >INI< dan >INI< serta iklan Nuffnang pilihan anda dalam blog ni. *JUJUR YE*
  • Tinggalkan URL entry yang telah anda buat di ruangan Komen
Senang kan?


Tarikh Mula: 16hb Januari 2014
Tarikh Akhir: 31hb Januari 2014
Tarikh Keputusan: 1hb Februari 2014
Tarikh Menuntut Coupon: 2hb Feb 2014

Bloggers yang telah follow blog AP Hours, AP akan follow balik blog anda. Selain tu AP juga akan menabung di situ.
Bagi yang telah atau akan menyertai, Terima kasih saya ucapkan.
Untuk GA seterusnya, cyber pet menanti kepada peserta-peserta yang bertuah. :)

Wednesday, January 15, 2014

Review Tabur!! Qi Wireless Charger For S3


Semenjak dua menjak ni hujan memang turun dengan lebatnya di Membakut. Kalau nak buat aktiviti luar memang tak dapat la. Hari ni AP Facebook, banyak ja yang post pasal banjir kilat di Kota Kinabalu. Kesian kawan-kawan yang kerja area sana.. hehe.

Samsung S3 memang terkenal dengan masalah pada charging port nya. Seperti pada tajuk post, kali ni AP nak cerita sikit pasal wireless charger untuk Samsung S3. Wireless charger ni AP rasa telah menyelesaikan masalah untuk mengecas S3. Benda ni bukan wireless sangat pun. Dia masih wayar just pendek sikit dari charger asal. wayar pendek ni gunanya untuk connect pad dangan power supply. So, part mana yang wireless tu?

Yang wireless tu masa nak charge henpon. Tak perlu wayar yang panjang berjela. Just letak handphone di atas Qi Wireless Charging Pad.


Kotak wireless charger AP


Kabel dan pad
Untuk membolehkan S3 ni di charge secara wireless AP terpaksa membeli satu alat yang dipanggil Wireless Charger Receiver. Benda ni perlu dipasang pada handphone anda.

Receiver dipasang pada S3
Secara rumusnya, untuk membolehkan S3 dicas secara tanpa wayar, anda perlulah memiliki kedua alat iaitu wireless charger itu sendiri dan receiver.


Dan hasilnya ialah...

Screen Capture dari S3 AP

Kebaikan wireless charger:
  • Menyelesaikan masalah charging port yang rosak
  • Kawasan lebih kemas (kurang wayar)
Well.. sekian untuk kali ini.. Thanks for reading.

p/s: nantikan mini Give Away dari AP Hours

Thursday, January 9, 2014

Review Tabur! Nokia Asha 503. Perfect Backup Phone?

Musim hujan macam ni memang susah sikit untuk saya.. Untuk tidur memang best (sebab baru-baru ni AP selalu Insomnia). Biji benih pun dah semai, main game pulak tak dapat. Memang takda apa nak dibuat. 


Dah golek-golek 10 minit, terfikir la nak buat personal review pasal hand-phone Nokia yang satu ni. Memperkenalkan.. Nokia Asha 503.


Taken from Nokia's Website
Dengan tag line, Swipe. Snap. Share. Asha 503 ini amat menarik pada pandangan AP. Ia boleh didapati dalam 6 warna yang menarik iaitu kuning, merah, hijau, biru, putih dan hitam. Binaan yang kecil pada handphone ini membuatkannya selesa dipegang. Glass like finishing pada penutup belakang ini pada AP sangat menarik. Nampak macam akuarium je handphone ni.

Dengan RM300 kita dapat memiliki Asha 503 yang berspesifikasi seperti berikut;


GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 2100
SIMMicro-SIM
Announced2013, October
StatusAvailable. Released 2013, November
BODYDimensions102.6 x 60.6 x 12.7 mm (4.04 x 2.39 x 0.5 in)
Weight110.2 g (3.88 oz)
DISPLAYTypeTFT capacitive touchscreen, 256K colors
Size240 x 320 pixels, 3.0 inches (~133 ppi pixel density)
MultitouchYes, up to 2 fingers
ProtectionCorning Gorilla Glass
SOUNDAlert typesVibration, MP3 ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB, 4 GB card included
DATAGPRSUp to 85.6 kbps
EDGEUp to 236.8 kbps
SpeedHSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n
BluetoothYes, v3.0 with A2DP
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary5 MP, 2592x1944 pixels, LED flash
VideoYes, QVGA@15fps
SecondaryNo
FEATURESOSNokia Asha software platform 1.2
SensorsAccelerometer, proximity
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, IM
BrowserWAP 2.0/xHTML
RadioStereo FM radio
GPSNo
JavaYes
ColorsYellow, black, green, red, blue, white
- SNS apps
- MP4/H.263 player
- MP3/AAC player
- Photo editor
- Organizer
- Voice memo
- Predictive text input
BATTERYLi-Ion 1200 mAh battery (BL-4U)
Stand-byUp to 840 h (2G) / Up to 840 h (3G)
Talk timeUp to 12 h (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
Music playUp to 34 h

Untuk backup phone, Asha 503 ini menjalankan tugasnya dengan baik. Bateri pun tahan. Setakat ini, Asha 503 ni bertahan hampir 48jam dengan penggunaan sederhana (messaging, calling, wifi, mp3). Kalau nak main game, terpaksa pakai S3 tapi bateri cepat drain.

Selepas update OS Asha 503, kita akan dapat lihat icon Whatsapp pada fast lane handphone. Pre instaled App handpne ni seingat AP ada WeChat saja. AP tak berapa nak minat WeChat ni. Ada Whatsapp memang lengkap dah handphone ni. Fungsi Glance pada phone ini membolehkan kita melihat notification tanpa erlu menekan power button. Fungsi ini memang berguna kerana tiada LED notification pada Asha 503.

Namun, ada jugak yang tak best pasal handphone ni. Resolution yang kecil buat imej pada skrin nampak ber-pixel. Hasil dari kameranya juga agak tidak memuaskan dan kadang-kadang handphone ni agak lag sedikit. Binaan speaker di dalam phone ni membuatkan bunyi agak kurang kelas especially kalau letak handphone ni di atas tilam. Tiada kamera depan untuk phone ini. Maknanya tak boleh buat video call la..

Asha 503 Hitam. Backup phone AP
Pada AP, Nokia Asha 503 ini cukup untuk memenuhi keperluan basic yang wajib ada untuk setiap phone. Harga mampu milik. Bateri pun agak menkagumkan. So bagi AP, Asha 503 ni memang perfect untuk backup S3.

Well.. Sekian sahaja untuk review simple yang bertaburan dari AP. Readers kalau ada pandangan lain pasal handphone ni, jangan malu-malu nak share. OK? Untill next time friends. Thanks for reading. Ciaoo.


P/s: Nak kaler Putih tapi tak ada. Apa boleh buat. Agak menggamit memori bila main game The Sims 3 oleh EA (hadiah dari Nokia). Teringat sekejap pada SE W610 dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...